Rayuan Isa Samad terhadap sabitan, hukuman didengar 7 Mac

Dari Penulis

MAHKAMAH Rayuan menetapkan 7 Mac depan untuk mendengar rayuan bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terhadap sabitan dan hukuman enam tahun penjara serta denda bagi kesalahan rasuah yang berkaitan dengan pembelian sebuah hotel di Sarawak.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata sebelum pendengaran rayuan, pengurusan kes ditetapkan pada 21 Feb depan, dan pihak pendakwaan serta pembelaan perlu menfail hujah masing-masing pada 14 Feb.

Tarikh pendengaran itu ditetapkan berikutan pengurusan kes yang diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron hari ini.

Pada 3 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi mensabitkan Mohd Isa, 72, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan dengan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak, oleh Felda.

Baca lagi: Anak Isa Samad nafi audio tular, sahkan ayahnya sihat

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan 54 tahun, serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan. 

Bagaimanapun Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan supaya kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta di samping menetapkan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga rayuan selesai, dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya pada 4 Feb 2021.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This