Terkenal dengan jolokan Robert Solo, pencuri warga emas ditangkap

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PASANG kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat pelanggan dan mengenal pasti selok belok ruangan dalam bangunan selama beberapa bulan.

Itu taktik licik seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun yang bekerja sebagai juruteknik pemasangan CCTV untuk memecah masuk ke sebuah pejabat dan mencuri barangan bernilai RM10,000.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, suspek yang terkenal dengan jolokan Robert Solo itu telah berjaya ditahan pada Selasa lalu di Daerah Ampang.

Jelas beliau, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan kejadian pecah pejabat di Setiawalk Puchong pada 16 September lalu.

“Hasil maklumat dan risikan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang dan Balai Polis Puchong Jaya telah berjaya menangkap suspek pada 4 Oktober.

“Suspek berasal dari Perak dan menetap di Ampang, Selangor itu bekerja sebagai juruteknik pemasangan CCTV dan mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

“Suspek juga pernah menjalani hukuman penjara tujuh hari bagi satu kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan pada 2018 manakala bagi kes-kes lain suspek dihukum dengan bayar denda,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca lagi: Polis tahan penganggur bersama 2 kg syabu di Tawau

Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, soal siasat polis telah berjaya menemukan pelbagai barangan berharga yang disyaki hasil kegiatan pecah pejabat di kawasan Lembah Klang.

Katanya, antara barangan yang ditemukan adalah pelbagai jenis telefon bimbit,  komputer riba, drone dan alat permainan video.

Jelas Anbalagan, nilai rampasan barangan itu dianggarkan kira-kira RM180,000.

“Suspek pernah ditugaskan untuk memasang CCTV di pejabat mangsa dan selepas mengenal pasti selok-belok bangunan, dia akan datang semula untuk melakukan kegiatan pecah pejabat dalam masa satu atau dua bulan.

“Kegiatan ini dilakukan pada waktu siang hari ketika cuti umum atau hujung minggu ketika pejabat tidak beroperasi.

“Suspek masuk ke dalam pejabat dengan mengumpil pintu kecemasan di bahagian belakang,” katanya.

Anbalagan berkata, suspek didapati bergiat aktif dalam kegiatan pecah pejabat di sekitar kawasan Lembah Klang melibatkan beberapa daerah seperti Serdang, Petaling Jaya, Brickfield, Sentul dan Shah Alam.

Katanya, dengan kejayaan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan lapan kes kejadian pecah rumah di sekitar Lembah Klang.

Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan direman selama tujuh hari sehingga 11 Oktober ini.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh lima hingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda serta sebatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This