Ebit Lew diarah bela diri, berdepan 11 pertuduhan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MAHKAMAH Majistret Tenom mengarahkan usahawan dan pendakwah, Ebit Lew, 41, membela diri berhubung 11 tuduhan mengaibkan kehormatan individu.

Majistret Nur Asyraf Zolhani berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ebit.

Dalam penghakimannya, beliau menegaskan bahawa semua elemen pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan telah dibuktikan dengan mencukupi.

“Mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh bagi kesemua 11 pertuduhan. 

Keterangan yang dikemukakan adalah mencukupi untuk satu sabitan direkodkan sekiranya ia tidak disangkal oleh pihak pembelaan,” katanya ketika membacakan keputusan.

Sehubungan itu, mahkamah memaklumkan tertuduh mempunyai pilihan sama ada memberi keterangan secara bersumpah atau tidak, selain berhak memanggil saksi bagi menyokong pembelaannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This