Lima cedera kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

Dari Penulis

LIMA lelaki cedera selepas terlibat dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Kilometer 17.1 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 6 pagi.

@utusantvofficial

Kejadian di Kilometer 17.1 Lebuhraya Persekutuan, pukul 6 pagi tadi. Seorang parah 4 cedera ringan. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

♬ Mysterious – Andreas Scherren

Katanya, pemandu Toyota Vios cedera parah manakala dua penumpang di dalam kenderaan itu cedera ringan.

“Pemandu Ranger Rover serta Perodua Bezza hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian pemandu Toyota Vios yang berada di lorong tengah telah dilanggar oleh sebuah Range Rover yang datang dari arah belakang.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Toyota Vios merempuh pembahagi jalan sebelum dilanggar oleh sebuah Perodua Bezza dari arah belakang yang tidak sempat mengelak,” katanya.

Tambahnya, Range Rover pula telah berpusing sehingga ke kiri jalan.

Mohd Iqbal berkata, kesemua mangsa terlibat telah dihantar ke Hospital Shah Alam bagi menerima rawatan dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca artikel berkaitan : Penumpang kereta maut dilanggar treler di Jalan Bentong – Raub

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This