Pemandu, kelindan maut dirempuh jentera berat diangkut treler

Dari Penulis

SEORANG pemandu dan kelindan maut selepas dirempuh dari bahagian belakang muatan jentera berat treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di lampu isyarat Jalan Bypass Miri, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan angggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

Katanya, pihak beliau turut mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di bahagian kerusi duduk pemandu dan penumpang hadapan dalam kejadian berlaku pada pukul 4.20 petang tadi.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat dua mangsa masih tersepit dalam treler tersebut,” katanya seperti dilapor Sarawak Update, hari ini.

Baca artikel lain: PM sedang putuskan senarai menteri dan timbalan menteri – PMO

Pasukan bomba kemudiannya bertindak membuka pintu pada bahagian pemandu untuk memberi ruang kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pengesahan ke atas mangsa.

Setelah berjaya dikeluarkan, pemeriksaan yang dijalankan mendapati kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan KKM.

Setakat ini pasukan bomba sedang menunggu bantuan kren untuk mengangkat serta mengalih jentera berat di atas treler sebelum mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This