Hisap gam dalam kereta, pasangan suami isteri disiasat polis

Dari Penulis

Gara-gara leka menghisap gam ketika sedang memandu kereta, pasangan suami isteri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun yang baharu sebulan berkahwin, dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ia susulan satu video tular di Instagram berdurasi 17 saat memaparkan kejadian dakwaan pasangan menghisap gam ketika memandu bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, dipercayai anak tiri kepada pemandu kenderaan itu, pada 4 petang 7 Okt lepas.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik daerah Melaka Tengah pergi ke Kampung Bukit Pegoh, Pernu dan berjumpa pemilik kenderaan yang ditularkan itu pada 11 malam 8 Okt lepas untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.

“Pemandu dan penumpang kenderaan itu telah dikesan dan dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Melaka Tengah, namun saringan air kencing negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 17 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana kesalahan kedudukan pemandu semasa memandu tidak membolehkan kenderaan dikawal dengan sempurna.

Menurutnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This