SEORANG penunggang motosikal retak bahu dan tulang leher selepas terbabit dalam satu kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar, Kuala Lumpur kira-kira 6 petang semalam.
Kemalangan itu tular di media sosial selepas penunggang motosikal terjatuh ke tengah jalan akibat mengelak sebuah Honda City yang gagal beri isyarat lampu dan kemudian nyaris dilanggar sebuah lagi kenderaan lain.
Mangsa Mohd Zarul Zaim Zulamran kemudian bingkas bangun, tetapi dirempuh sebuah Perodua Alza biru yang dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi kenderaan.
Kakak kepada Mohd Zarul Zaim, Nurul Nadzira Zulamran berkata, adiknya turut mengalami luka di tangan dan kaki akibat insiden tersebut.

Katanya, kejadian berlaku ketika adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah dari Bangsar South ke Batu Caves.
Baca artikel berkaitan : Tak bagi ‘signal’, lelaki tendang cermin sisi BMW X3 ditangkap
“Pemandu telah menukar lorong tanpa memberikan ‘signal’ menyebabkan adik tidak sempat mengelak lalu terjatuh di atas jalan raya.
“Kemudian, ketika adik sedang berdiri antara kereta Chevrolet dan Perodua Alza dalam jarak selamat, secara tiba-tiba sebuah Jeep datang dari arah belakang menyebabkan Perodua Alza melanggar adik,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Tambah Nurul Nadzira lagi, keluarganya kini sedang mengesan pemandu Honda City berwarna hitam yang didakwa melarikan diri daripada membuat laporan polis mengenai insiden.

“Pemandu Honda City telah berhenti beberapa meter dari lokasi dan seorang lelaki telah turun dari kereta tersebut.
“Adik hanya sempat mengambil gambar wajah lelaki tersebut sebelum lelaki itu memandu pergi dan nombor pendaftaran kereta Honda City tersebut tidak dapat dipastikan,” ceritanya.
Jelasnya lagi, adiknya kini sedang menerima rawatan di Hospital Selayang dan sudah membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

