Hebat dan bertenaga! Itu yang dapat menggambarkan konsert Super Junior Super Show 9 : Road in Kuala Lumpur yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Lebih 10,000 peminat hadir menyaksikan konsert anjuran Star Planet ini. Kali terakhir kumpulan boyband dari Korea Selatan ini datang ke Malaysia lebih tiga tahun lalu.
Kumpulan yang popular dipanggil SuJu ini berjaya mengubati kerinduan peminat sekaligus membuktikan mereka masih digilai ramai.

Konsert bermula jam 8.00 malam. Menampilkan lapan anggotanya iaitu Leeteuk, Shindong, Ryeowook, Donghae, Yesung, Siwon, Eunhyuk dan Kyuhyun yang lincah mempersembahkan lagu-lagu popular mereka.
Aksi mereka di atas pentas masih berbisa walaupun rata-rata ahli kumpulan ini sudah menjengah usia hampir 40-an.
Dalam konsert yang berlangsung selama tiga jam itu, mereka mempersembahkan hampir 30 buah lagu pelbagai rentak baik rancak, balada dan broadway. Antaranya The Crown, Mr. Simple, Paradox, Myster, Believe, Latte, Everybody, Sorry Sorry, Bonamama, Black Suit, Devil dan Mango.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

