2,000 meriahkan majlis memperingati Rasulullah SAW di Masjid Wadi Hassan

Dari Penulis

SEMPENA sambutan Hari Maulidur Rasul pada Ahad lepas, laungan selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW berkumandang di Masjid Wadi Hassan Johor Bahru dalam suasana penuh meriah sempena ‘Majlis Maulid : Malam Cinta Rasul’.

Dianjurkan oleh Koperasi Keluarga Hassan Alattas Johor Bahru Berhad bersama Biro Rakan Muda Masjid Wadi Hassan Erth Ul Mustafa, selain bertujuan untuk meraikan kelahiran Rasulullah SAW, majlis tersebut juga dapat mengimarahkan masjid dengan kehadiran kira-kira 2,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

Sambutan itu bermatlmat merapatkan ukhwah di samping berpeluang meraikan lebih 400 fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal yang hadir dan diberikan sedikit sumbangan
pada majlis tersebut.

ANTARA 2,000 tetamu yang hadir pada Majlis Maulid : Malam Cinta Rasul di Masjid Wadi Hassan Johor Bahru .

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat merupakan antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut bersama.

Antara Pentausiyah jemputan adalah Ustaz Shahrul Rizal Mohd Sati, Ustaz Naquib Muhammad Al-Attas dan Ustaz Sheikh Imran Angullia.

Kelainan majlis terletak pada keindahan selawat yang diselang seli dgn tausiyah dan alunan ghasidah yang disampaikan oleh Kumpulan Firqah Al-Masarrah yang indah dan menenangkan jiwa.

Antara NGO yang turut bekerjasama dalam menjayakan majlis tersebut adalah Firqah Al-Masarrah, Balkhi Solution Services, Envyro Services, Globe Tech Services, Abah Beriani House, Al-Husna, Amal dan SHSA Gadget.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelarian Rohingya mesti patuh undang-undang atau berdepan tindakan – PM

SEMUA pelarian Rohingya yang berada di negara ini perlu sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan atau bakal berdepan dengan...

More Articles Like This