MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun disebut-sebut untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson.
Memetik laporan BH Online, ia susulan laporan bahawa Anwar masih belum membuat keputusan kawasan mana untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
Bagaimanapun, Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat masih mengunci mulut berhubung perkara tersebut.
Beliau hanya menyerahkan perkara berkenaan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk membuat keputusan.
“Saya tak tahu, Aminuddin Harun ke.. tak pasti. Majlis Presiden PH akan buat pengumuman,” katanya.
Sebelum ini, Anwar mendedahkan hasratnya untuk bertanding dan merampas kerusi Parlimen yang disandang oleh ‘pengkhianat’ PKR dan PH.
Namun, Presiden PKR itu tidak menyatakan secara spesifik mengenai kerusi Parlimen yang menjadi perhatiannya.
Baca artikel berkaitan: Rafizi ketuai ‘pasukan perang’, Nurul Izzah dilantik Naib Presiden PKR
Anwar yang juga Pengerusi PH turut membayangkan untuk memberi laluan kepada calon lain mewakili parti berkenaan untuk bertanding di Port Dickson.
Dalam pada itu, Aminuddin mengesahkan PKR ditawarkan untuk bertanding kerusi Parlimen Kuala Pilah.
“Sebelum ini kerusi itu dimenangi BERSATU dan selepas ini PH (PKR). Kita sudah selesai (pembahagian kerusi di Negeri Sembilan), tunggu pengumuman, insya-Allah. Majlis Presiden akan umumkan senarai calon.
“Saya rasa (senarai calon) akan diumumkan dalam masa terdekat dan mungkin keluar awal,” katanya.
Kuala Pilah adalah kerusi tradisi UMNO dengan kali terakhir diwakili Ahli Parlimennya, Datuk Seri Hasan Malek, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang tewas kepada Eddin Syazlee pada PRU14, dengan majoriti 200 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram