BERSATU dan PAS akan melakukan pertukaran kerusi yang kini disandang wakil parti masing-masing dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kata Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata pertukaran kerusi berkenaan merupakan strategi PN untuk menang dalam PRU15.
“Selama kami berbincang dengan parti komponen dalam menghadapi PRU15 ini, perkara penting adalah untuk memastikan pemimpin semua komponen boleh menang kawasan yang akan kita calonkan.
“Pertukaran kerusi dahulunya mungkin dimenangi oleh Bersatu, kini mungkin PAS perlukannya. Ia akan menentukan pemimpin berkenaan boleh menang di kawasan-kawasan itu,” kata Menteri Dalam Negeri itu dalam sidang media khas op banjir di Bukit Aman hari ini.
Baca artikel berkaitan: Annuar puji Pas kekal hasrat cari kesepakatan dengan UMNO, Bersatu
Mengulas mengenai sama ada PAS komited untuk bersama PN atau masih lagi berunding dengan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRU15, Hamzah menegaskan PAS masih bersama PN.
Selain Bersatu dan PAS, PN dianggotai Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Okt untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

