Utus surat pada Agong normal, ikut keputusan parti – Hamzah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TINDAKAN 12 menteri Perikatan Nasional (PN) mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membantah pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun ini adalah selaras dengan keputusan parti.

Malah, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu adalah normal kepada wakil parti untuk mengutuskan surat kepada sesiapa pun.

Menurut Hamzah, keputusan beliau menandatangani dan menghantar surat itu adalah seperti diputuskan PN yang tidak mahu PRU-15 diadakan.

“Keputusan parti tidak mahu mengadakan pilihan raya dan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pun selalu mengatakan beliau adalah ‘party man’ (orang parti). Saya hormat cara beliau menjawab.

“Sebagai party man, beliau harus mendengar kepada keputusan parti, kepada Presidennya. Saya pun sebagai party man, kena dengar kehendak parti.

“Apabila parti kata tak sesuai adakan (PRU-15) sekarang, saya pun ikut sama tak sesuai.

“Kalau Presiden dia (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) kata nak ada pilihan raya, saya rasa dia beliau kena ikut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Taklimat Op Banjir, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Keputusan bubar Parlimen rentetan tindakan 12 menteri PN – PM

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Perdana Menteri sendiri pun mengatakan perkara tersebut (utus surat) adalah normal tetapi mengeluarkan kenyataan sebaliknya selepas beberapa hari.

Kata beliau, suasana dalam Kabinet juga masih kekal harmoni kerana Jemaah Menteri telah faham dengan kedudukan masing-masing.

“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena di sini. Saya faham keadaan ini boleh berlaku sebab kita sudah bincang dalam Kabinet bahawa kadang-kadang kita terpaksa fikir tanggung jawab mewakili parti tertentu, tiada pilihan.

“Sama juga dengan Perdana Menteri, beliau tiada pilihan apabila partinya (UMNO) mengarahkan beliau membuat sesuatu dan perlu akur.

“Kami masih lagi berkawan (Jemaah Menteri), sehingga hari terakhir mesyuarat Kabinet pun tidak ada apa. Kita masih lagi bincang perkara yang perlu dibincangkan dalam Kabinet,” jelas beliau.

Semalam, Perdana Menteri dalam kenyataan menegaskan keputusan untuk mendapat perkenan supaya Parlimen dibubarkan adalah rentetan daripada tindakan 12 menteri PN yang mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri berkata, pembubaran Parlimen itu adalah bagi menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

Tegas Perdana Menteri lagi, tindakan 12 menteri PN itu juga jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri yang mana pelantikannya telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This