Tayar pesawat Boeing seberat 100kg tercabut ketika berlepas

Dari Penulis

SEBUAH pesawat jenis Boeing 787 berdepan detik cemas apabila salah sebuah tayarnya tercabut ketika berlepas dari Lapangan Terbang Taranto-Grottaglie, Itali, pagi kelmarin.

Memetik laporan Daily Mail, tayar seberat 100 kilogram itu telah tercabut dari pesawat Dreamlifter dan terjatuh ke tanah.

Menerusi rakaman insiden tersebut, tayar berdiameter 1.2 meter itu terus berputar ketika jatuh dan pesawat N718BA Atlas Air terbabit meneruskan penerbangan ke Charleston, Carolina Selatan.

Difahamkan, bahagian yang hilang daripada gear pendaratan utama pesawat itu ditemui di sebuah ladang berhampiran kawasan lapangan terbang tersebut.

Baca artikel : Tiga cedera selepas pesawat terbakar ketika mendarat

Penerbangan yang berlepas pada pukul 9.09 pagi itu dilaporkan telah selamat mendarat di Amerika Syarikat meskipun berlaku kerosakan.

“Penerbangan kargo Dreamlifter yang dikendalikan oleh Atlas Air telah mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Charleston.

“Kami akan memberi sepenuh sokongan dalam siasatan pengendali kami,” lapor Boeing kepada Simple Flying.

Menurut saluran berita Itali, Corriere Della Sera, pesawat Dreamlifter 747-400 bersaiz besar itu direka bagi menerbangkan bekalan perubatan semasa wabak COVID-19.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This