Strategi pemulihan menyeluruh berpaksikan rakyat perlu jadi agenda utama kerajaan – Muhyiddin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN perlu memberi tumpuan terhadap strategi pemulihan yang lebih menyeluruh dan inklusif dengan berpaksikan kebajikan rakyat secara bersasar. 

Perkara itu ditegaskan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu strategi itu menjadi agenda utama pihak kerajaan.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, tanggungjawab memacu proses pemulihan negara memerlukan sinergi dan pendekatan seluruh negara dengan keterlibatan semua pihak daripada kerajaan, swasta, pakar industri, akademia, badan bukan kerajaan (NGO) dan segenap lapisan masyarakat.

“Tidak dinafikan, situasi ekonomi di peringkat global bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada ekonomi negara, bahkan turut menjejaskan kelangsungan hidup rakyat. 

“Semasa tempoh pandemik, seluruh dunia berdepan gangguan rantaian bekalan akibat kekangan logistik.

“Konflik perang Rusia-Ukraine telah menjejaskan rantaian bekalan makanan di Eropah yang impaknya mengakibatkan ketidaktentuan dalam keseluruhan pasaran global. 

“Ini memberi tekanan kepada turun naik harga minyak dan komoditi termasuk bijirin,” katanya ketika berucap dalam Seminar Kebangsaan Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial di The Everly hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob; Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd Amin; ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dan ahli akademik.

Baca lagi: MPN, MASA anjur Seminar Kebangsaan: Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, semua faktor itu secara tidak langsung telah mendorong kepada kenaikan harga barangan pengguna di seluruh dunia yang kesannya turut dirasai di Malaysia. 

Jelasnya, keadaan itu diburukkan lagi dengan peningkatan kadar inflasi dan kos sara hidup serta kejatuhan nilai ringgit yang semakin membebankan rakyat.

Ujar beliau, berdasarkan data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar inflasi Malaysia pada bulan Ogos 2022 telah meningkat kepada 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada bulan Julai 2022. 

Katanya, Inflasi makanan terus menjadi penyumbang utama kenaikan kadar inflasi pada 7.2 peratus berbanding 6.9 peratus pada bulan sebelumnya.

“Walaupun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang secara positif, realitinya situasi sebenar ekonomi negara buat masa ini amat mencabar. 

“Laporan terkini Bank Dunia pada September 2022 mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia disemak naik daripada 5.5 peratus kepada 6.4 peratus, namun pada tahun 2023, pertumbuhan ekonomi negara diunjurkan turun kepada 4.2 peratus daripada 4.5 peratus,” katanya.

Muhyiddin menambah, pakar ekonomi turut meramalkan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun hadapan. 

Katanya, Malaysia juga tidak terkecuali dan hal itu akan menjejaskan prestasi hasil dan membataskan keupayaan perbelanjaan kerajaan dalam melaksanakan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kepada rakyat seperti yang pernah dilaksanakan semasa tempoh pandemik.

Jelas beliau,  dari segi pengangguran, Malaysia pernah mencatatkan kadar tertinggi pada 5.3 peratus. 

“Alhamdulillah, kadar itu berjaya diturunkan kepada 3.7 peratus pada Julai 2022.  

“Namun kita belum boleh menarik nafas lega kerana semua petunjuk pemulihan ini adalah bersifat sementara. 

“Hakikatnya, negara kita bakal berhadapan dengan prospek ekonomi dunia yang lebih mencabar pada tahun hadapan termasuk kadar pengangguran yang dijangka meningkat dengan ketara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This