23 kanta lekap dikeluarkan dari mata seorang wanita pelupa

Dari Penulis

GARA-gara pelupa, seorang wanita warga emas di Amerika Syarikat (AS) dipercayai telah membiarkan sekurang-kurangnya 23 kanta lekap pada matanya mungkin bagi tempoh lebih setahun.

Perkara itu didedahkan seorang doktor mata dari Newport Beach, California, Katerina Kurteeva yang memuatnaik prosedur berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya bulan lalu.

Video dengan kapsyen “Jangan tidur denga kanta lekap anda!” itu bagaimanapun hanya tular beberapa hari lalu.

Klip itu menunjukkan Kurteeva menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan berpuluh-puluh kanta lekap secara berhati-hati dari dalam mata seorang wanita warga emas.

Malah, beberapa daripada kanta lekap yang dikeluarkan itu sudah bertukar hijau kerana berada di mata untuk tempoh yang lama.

“Saya secara berhati-hati mengasingkan kesemua kanta lekap itu dan mendapati jumlah keseluruhannya 23 keping.

“Saya terpaksa menggunakan alat pembedahan yang sangat halus seperti forsep yang digunakan tukang emas bagi mengasingkan kanta lekap itu.

“Kesemua kanta lekap itu melekat antara satu sama lain selepas berada dalam mata selama sebulan,” kata pakar oftalmologi terssebut, lapor Oddity Central.

Kurteeva menjelaskan, pesakitnya kerap terlupa dia memakai kanta lekap semasa tidur dan akan menambah kanta lekap baharu keesokan harinya.

Namun kejadian itu bukan satu rekod baharu kerana beberapa tahun lalu, seorang wanita berusia 67 tahun dari United Kingdom (UK) terlupa mengeluarkan 27 kanta lekap yang dipakai selama 35 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad dakwa UMNO amal budaya kronisme dalam memilih calon

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa amalan memilih calon berdasarkan kelompok, kroni...

More Articles Like This