MDA rampas 183,642 unit kanta lekap, cecair pembersih tak berdaftar

Dari Penulis

SEBANYAK 183,642 unit kanta lekap dan cecair pembersih tidak berdaftar dianggar bernilai setengah juta ringgit berjaya dirampas oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Ketua Eksekutif Pihak MDA, Dr Muralitharan Paramasua berkata, rampasan dilakukan hasil serbuan ke atas dua syarikat berasingan di sekitar ibu negara pada 8 November lalu.

Katanya, kedua-dua syarikat terbabit melanggar Seksyen 5(1) Akta 737 iaitu mengimport dan meletakkan peranti perubatan tidak berdaftar dalam pasaran.

Katanya lagi, siasatan juga syarikat melanggar Seksyen 15(1) Akta 737 iaitu mengimport dan meletakkan peranti perubatan dalam pasaran tanpa memegang lesen establismen sah.

“Barangan berkenaan diimport dari China serta Korea dan dijual dengan harga rendah bagi menarik perhatian pelanggan.

“Jika disabit kesalahan atas kedua-dua pelanggaran itu, syarikat berkenaan boleh didenda tidak lebih RM200,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Operasi Serbuan MDA hari ini.

Selain 19 penguat kuasa MDA, operasi turut disertai 15 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Baca artikel lain: Maklum balas laporan pengurusan Wabak Covid-19 sedang disiapkan – Dr Zaliha

Paramasua berkata, MDA menjalankan 10 serbuan sehingga kini membabitkan nilai rampasan keseluruhan RM1.03 juta, yang mana sepanjang tahun ini 16 lesen establismen digantung, dengan sembilan daripadanya dilepaskan penggantungan kerana mematuhi keperluan akta dan arahan MDA.

“MDA juga membatalkan pendaftaran peranti perubatan dari HA Dermafiller dan Platelet Rich Plasma yang tidak mempunyai pengesahan keselamatan dan prestasi oleh MDA.

“Turut dibatalkan pendaftaran adalah peranti titis mata (eye drop) berjenama Bio Aquacell kerana mengandungi bahan tidak disahkan keselamatan,” katanya.

Orang ramai dinasihat sentiasa menyemak status pendaftaran sesuatu peranti perubatan dan lesen establismen syarikat yang membekalkan peranti perubatan dengan melayari https://mdar.mda.gov.my/ atau portal MDA, sebelum membuat sebarang pembelian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This