Dua remaja maut, 4 motosikal bergesel sesama sendiri

Dari Penulis

DUA remaja maut manakala dua lagi cedera selepas motosikal yang ditunggang bergesel sesama sendiri di Kilometer 111.3, Lebuhraya Utara-Selatan, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa Ahmad Aiman Abdul Rasheed, 16 dan Muhammad Haziq Hazri Sham, 19, maut akibat kecederaaan parah di kepala.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila empat remaja terbabit menunggang motosikal dari arah Sungai Petani ke Butterworth sebelum bergesel dan terbabas di tengah lebuhraya.

“Akibat daripada itu dua remaja maut manakala dua lagi remaja berusia 18 dan 19 tahun cedera dan menerima rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim bagi tujuan bedah siasat.

Zaidy berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada motosikal yang ditunggangi dengan laju dalam jarak yang dekat lalu menyebabkan hilang kawalan.

Katanya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCMC, PDRM tumpaskan sindiket kecurian peralatan telekomunikasi di Sarawak

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan peralatan telekomunikasi...

More Articles Like This