DUA buah kilang pusat kitar semula masing-masing di Kemuning Utama, Shah Alam dan Pulau Indah, Klang, hangus dijilat api.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan membabitkan kebakaran di Kilang Batu 6, Kemuning Utama, Shah Alam pada pukul 12.56 tengah malam.
Beliau berkata, sepasukan 38 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Kota Raja, Kota Anggerik, Pelabuhan Klang, Andalas, Subang dan Puchong telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Anggaran kebakaran bangunan sebanyak 40 peratus dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.45 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini dan menambah tiada mangsa terlibat.
Baca artikel berkaitan : Nissan Serena terbakar ketika berhenti isi minyak
Jelasnya lagi, pihaknya kemudian menerima laporan kebakaran di Kilang Plastik Noah Ark Industri, Jalan Sungai Pinang 5/7, Taman Perindustian Pulau Indah pada pukul 7.04 pagi.
Katanya, sepasukan 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Kota Raja, Kota Anggerik, Andalas, Subang dan Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 8.37 pagi dan tiada mangsa dilaporkan,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

