Pemain PJ City, Rajes Perumal maut dalam kemalangan motosikal

Dari Penulis

SEORANG pemain bola sepak Petaling Jaya City maut selepas motosikal yang ditunggangi melanggar sebatang pokok di Jalan Sri Batu Caves, lewat malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 11 malam.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa seorang lelaki India berusia 37 tahun kemalangan semasa menaiki motosikal jenis Skuter Benelli 125i dari arah Batu Muda.

“Mangsa dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar pokok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa dibawa ke Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987”.

Baca artikel berkaitan : Pelumba drag maut terbabas ketika perlumbaan

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Sementara itu, kelab bola sepak Petaling Jaya City FC dalam kenyataan di Facebook menzahirkan ucapan takziah atas pemergian salah seorang pemain mereka.

“Takziah diucapkan kepada keluarga Rajes Perumal, yang meninggal dunia awal pagi tadi. Ia adalah hari yang menyedihkan untuk kami semua di PJ City FC.

“Dia adalah pemain yang hebat dan mentor kepada semua pemain muda di kelab itu. Kami akan merindui kamu. Sehingga kita berjumpa lagi, berehatlah dengan tenang”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Radzi Jidin, Azmin Ali digugurkan dalam rombakan pentadbiran PN

PERIKATAN Nasional (PN) mengumumkan rombakan pentadbiran yang menyaksikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin...

More Articles Like This