POLIS mengesahkan telah menerima dua laporan berhubung kejadian samun bersenjata masing-masing di Kapar dan Bukit Raja pada petang tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kejadian pertama berlaku pada pukul 3.05 petang di Taman Intan Kapar.
Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa seorang wanita India yang merupakan suri rumah sedang mengemas rumah dengan keadaan pintu dan pagar terbuka.
Beliau berkata, empat lelaki disyaki berbangsa India menaiki Proton Waja kelabu telah keluar daripada kereta dan menyamun mangsa dengan bersenjatakan parang.
“Mangsa ketika itu sedang mengemas di bahagian dapur rumah dan mengalami kerugian tiga utas rantai emas,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, kejadian kedua dilaporkan berlaku pada pukul 3.20 petang di Taman Klang Utama melibatkan sepasang suami isteri berbangsa India.
Vijaya berkata, mangsa telah ditahan suspek yang menaiki kereta Proton Waja kelabu sebelum dua utas rantai emas yang diragut oleh dua lelaki.
“Mangsa mengalami kecederaan akibat pergelutan tersebut,” ujarnya.

Katanya, pihak polis menerima laporan daripada mangsa pada pukul 4.19 dan 5.51 petang.
Sehubungan itu, polis menyeru orang awam supaya sentiasa berwaspada terhadap kawasan sekeliling bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak Ibu Pejabat Daerah Klang Utara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

