Jurujual tendang isteri kerana ajak cerai di mahkamah

Dari Penulis

SEORANG jurujual ditahan selepas menendang isterinya sehingga menyebabkan kecederaan tisu dalam satu kejadian di Taman Uda Ampang, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dalam kejadian pukul 10.30 pagi, mangsa seorang guru tadika telah pergi ke rumah ibu mentua dan berjumpa suspek.

Beliau berkata, mangsa berusia 30 tahun telah mengajak suspek ke mahkamah bagi tujuan perceraian.

“Suspek berusia 29 tahun naik berang dan menendang di peha dan pinggang mangsa sebanyak dua kali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa telah menerima rawatan di Hospital Ampang dan disahkan mengalami kecederaan tisu.

Mohamad Farouk berkata, suspek telah ditahan pada pukul 6.20 petang dan reman akan dipohon hari ini di Mahkamah Ampang.

Tambahnya, mangsa dan suspek telah berkahwin selama dua tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan.

Sehubungan itu, kes kini disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atau Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangga kerana sengaja mendatangkan kecederaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki berpakaian seperti askar, bawa senjata di Kepong

PIHAK polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata dipercayai tiruan...

More Articles Like This