30 kru filem terperangkap di belakang Gua Tempurung berjaya diselamatkan

Dari Penulis

Seramai 30 kru penggambaran filem antarabangsa yang terperangkap di belakang Gua Tempurung di Gopeng, Ipoh, selepas laluan keluar gua itu dinaiki air berikutan hujan lebat petang tadi, selamat dan berjaya di bawa keluar.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, jumlah kru yang terlibat dalam aktiviti penggambaran di kawasan itu adalah seramai 80 orang dan yang terperangkap adalah seramai 30 orang terdiri daripada warga tempatan dan warga Singapura.

Katanya, kesemua mangsa terperangkap berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada anggota polis dan bomba.

“Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,”  katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohd Yusri berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar menerima maklumat pada jam 4.10 petang mengenai orang awam terperangkap di bahagian belakang Gua Tempurung kerana paras air naik.

“”Sepasukan anggota dari Balai Polis Gopeng dan Kota Bharu telah pergi ke tempat kejadian. Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika hujan lebat yang berterusan sejak jam 4 petang. Kesemua mangsa terperangkap kerana air naik secara mendadak ke kawasan alur air di dalam gua. 

“Kedalaman air lebih kurang 1.5 meter. Kesemua mangsa yang terlibat adalah kru penggambaran filem berjudul ‘Bursting Point’  dari sebuah syarikat antarabangsa dari Singapura yang sedang menjalankan kerja-kerja perfileman,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This