POLIS mengesahkan telah memanggil ibu bapa kepada dua kanak-kanak yang bermain di tepi balkoni tingkap sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ibu bapa terbabit telah dirakam percakapan selepas satu laporan polis dibuat pihaknya.
Katanya, laporan polis telah dibuat oleh pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membolehkan siasatan dijalankan.
“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian, ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari anak perempuan berusia empat dan anak lelaki berusia 2 tahun bermain di tepi balkoni tingkat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Polis sahkan kejadian budak 7 tahun bermain di luar tingkap di tingkat 16 kondominium
Sehubungan itu, kes kini disiasat dibawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).
Ashari turut menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak- Kanak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

