Polis sahkan kejadian budak 7 tahun bermain di luar tingkap di tingkat 16 kondominium

Dari Penulis

POLIS Johor mengesahkan kejadian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bermain di luar tingkap di tingkat 16 sebuah kondominium di Larkin, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi klip video tular di media sosial pada 9.15 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika keluarga kanak-kanak itu menziarahi kediamanan bapa saudaranya, semalam.

“Kanak-kanak tersebut dikatakan bermain di luar tingkap tanpa pengetahuan bapa saudara dan ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Dua beradik maut terkena renjatan elektrik

Jelasnya, semasa kehadiran polis di tempat kejadian kanak-kanak tersebut tiada di rumah dan telah pulang mengikut bapanya ke kediaman mereka di Pasir Gudang.

Sehubungan itu, polis telah memberi nasihat kepada ahli keluarga kanak-kanak tersebut supaya memasang pagar besi di tingkap bagi tujuan keselamatan.

Raub turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau tingkah laku anak-anak daripada kejadian yang tidak diingini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Budaya politik jadikan perbezaan wahana capai kuasa mesti ditolak – PM

BUDAYA politik yang menjadikan perbezaan sebagai wahana bagi mencapai puncak kuasa mesti ditolak oleh rakyat. Mesej itu disampaikan Perdana...

More Articles Like This