TIKTOK julung kalinya mengadakan acara #HouseOfCreators2022 bagi menghargai sumbangan para pencipta kandungan tempatan terkenal sekali gus meraikan ulang tahun kedua tanda pagar tersohor iaitu #TikTokGuru di Kuala lumpur, minggu lalu.
#TikTokGuru merupakan tanda pagar yang dipopularkan oleh pengguna tempatan dan warga pendidik untuk berkongsi ilmu dalam bidang penguasaan masing-masing dan telah meraih 18.8 bilion jumlah tontonan serta sejuta video sehingga kini.
Malah, pencipta #TikTokGuru seperti @cikgudebbie, @iqbalahyar, @sir_asai dan @sirsyami_92 memanfaatkan platform ini dengan berkongsi pelbagai ilmu yang merentasi panduan am, pendidikan sekolah, tip kesihatan dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, TikTok juga menjadi sumber utama bagi mendapatkan maklumat mengenai hiburan, gaya hidup, permainan, makanan, kecantikan, pendidikan dan ilmu pengetahuan.
Pengurus Operasi Strategi TikTok Malaysia, Darren Quek berkata, kepelbagaian dari segi pengalaman dan komuniti telah menghasilkan kandungan yang mampu membina hubungan persefahaman menerusi video yang dihasilkan.
“Atas sebab itu, kami percaya bahawa warga pencipta kami bukan sekadar berkongsi detik kehidupan mereka, tapi juga menjadi jambatan yang menghubungkan pengguna dari pelbagai latar belakang menerusi minat yang sama, lalu melahirkan pelbagai komuniti di platform ini.

“Ia boleh dilihat melalui ekosistem kandungn tempatan yang kian berkembang seperti #SembangEntertainment, #MakanLokal, #BeautyHacks, #KakiGaming, #TikTokSports dan #TikTokGuru.
“Sebagai wadah yang mencungkil kreativiti individu dan memupuk pembikinan karya-karya yang asli lagi menghiburkan, matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan pengalaman kepenggunaan yang terbaik buat semua, termasuk warga pencipta kami.
“Kami berharap menerusi acara #HouseOfCreators2022 ini, golongan pencipta dapat merapatkan hubungan dan berkongsi ilham sesama mereka sementara mereka terus menyajikan konten-konten yang bermakna buat warga komuniti TikTok,” ujarnya.

Sementara itu, salah seorang pencipta popular, Ben Gee juga mengakui TikTok merupakan satu wadah bagi pengamal perubatan gigi mendidik masyarakat.
“Saya gembira kerana TikTok memberi penekanan ke atas kandungan pendidikan melalui tanda pagar seperti
#TikTokGuru, #HealthCheck dan #KekalSihat supaya masyarakat boleh menambah ilmu termasuk kebersihan mulut dan penjagaan gigi, khususnya daripada sumber yang boleh dipercayai,” ujarnya.
Baca artikel berkaitan : Terima kasih! UtusanTV kini ada satu juta pengikut TikTok
Acara tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan seperti Dolla, Fatia, Gaston Pong, Amsyar Lee, Bunga, GoYoung serta pencipta tempatan seperti @khairulaming, @charmwasabi, @hanifloid, @sultan_riq, @drbengee dan banyak lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

