DAP letak Young Syefura di kerusi Parlimen Bentong

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, Young Syefura Othman bakal dipertaruhkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bentong milik DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Keputusan itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media, hari ini.

Young Syefura akan menggantikan penyandang kerusi berkenaan iaitu Wong Tack yang digugurkan pada PRU-15 kali ini.

Sekiranya menang, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara bakal menjadi ahli Parlimen Melayu wanita pertama DAP.

Bagaimanapun, Rara dijangka berhadapan tugas getir apabila dikhabarkan menentang bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sekali lagi mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan.

Sebagai rekod, kerusi Parlimen Bentong telah dimenangi Tack dengan majoriti 2,032 menewaskan Tiong Lai dan seorang calon Pas pada PRU-14.

Selain Young Syefura, Anthony turut mengumumkan DAP akan meletakkan tiga lagi calon mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi empat kerusi Parlimen di Pahang.

Tiga calon tersebut adalah penyandang kerusi Parlimen Raub iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang beralih ke Lipis; penyandang DUN Tras, Chow Yu Hui diletakkan di Parlimen Raub dan penyandang DUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong ke Parlimen Cameron Highlands.

Mengulas mengenai keputusan tersebut, Anthony berkata, DAP telah diperuntukkan satu kerusi tambahan dalam PRU-15 ini iaitu di Parlimen Lipis.

Baca artikel berkaitan: Anthony Loke sah pertahan kerusi Parlimen Seremban

Beliau berkata, strategi yang diambil DAP menunjukkan bahawa parti itu serius untuk memenangi keempat-empat kerusi Parlimen tersebut.

Jelasnya, walaupun tiga daripada empat calon itu adalah muka baharu tetapi mereka sarat dengan pengalaman kerana sudah berkhidmat sekurang-kurangnya satu penggal di DUN.

“Kita tahu beberapa kerusi ini adalah kerusi panas terutama Bentong dan Raub tetapi ini adalah kerusi marginal.

“Pimpinan pusat meletakkan tumpuan besar kepada kerusi yang akan dipertandingkan.

“Kita bukan sahaja mahu pertahankan Bentong dan Raub tetapi berusaha sedaya upaya untuk menang di Lipis dan Cameron Highlands,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pengguguran Tack, Anthony berkata, beliau sendiri telah mengadakan pertemuan dengan Tack mengenai langkah strategik yang diambil DAP.

Malah, beliau berkata, Tack telah dicadangkan untuk beralih ke Parlimen Cameron Highlands.

Namun begitu, Anthony memaklumkan, Tack tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Saya telah mengadakan perbincangan hampir tiga jam dengan Tack, Ahad lalu dan kita berikan hujah mengapa keputusan ini dibuat serta mengapa sebaiknya beliau bertanding di Cameron Highlands.

“Saya tak boleh paksa beliau, jadi beliau meminta 24 jam untuk memberi keputusan. Selepas 24 jam, beliau telah pun memberi jawapan bahawa beliau tidak bersetuju,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Semua negeri kecuali Selangor, P Pinang terima peruntukan lebih tinggi berbanding hasil – PM

SEMUA negeri kecuali Selangor dan Pulau Pinang menerima peruntukan Persekutuan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan purata hasil...

More Articles Like This