‘Bukan secara debat’, PN pun setuju tiada keperluan bahas

Dari Penulis

WALAUPUN tidak ‘sekapal’ tetapi Perikatan Nasional (PN) turut bersetuju dengan Perdana Menteri untuk tidak mengadakan debat secara terbuka antara calon-calon Perdana Menteri sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu dikatakan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam.

Menurut Hamzah, soal pilihan raya harus dilakukan secara baik, bukan dengan hukum-menghukum untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

Pada masa sama, beliau berkata, terpulang kepada rakyat untuk memilih siapa Perdana Menteri yang dirasakan terbaik yang mampu menguruskan ekonomi dan memastikan kestabilan negara.

“Kita kena faham negara kita unik. Kita ada kaum, etnik ramai, jadi biarlah lakukan secara baik, tidak hukum-menghukum, tidak jatuhkan mana-mana (pihak) dan menimbulkan isu perkauman yang boleh merosakkan pemikiran rakyat, bukan secara debat.

“Tetapi ia secara pemilihan wakil-wakil kita yang ada di tempat-tempat yang boleh nanti mewakili semua kawasan dan merekalah yang memilih siapa calon Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis National Forensic Science Symposium For Law Enforcement di Maktab Polis Diraja Malaysia, di Cheras, semalam.

Baca artikel berkaitan: PN bantah bubar Parlimen bukan kerana takut tapi rakyat dalam kesusahan

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak cadangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya calon-calon Perdana Menteri berdebat secara terbuka sempena PRU-15.

Menurut Perdana Menteri, Anwar hanya akan berjanji tentang manifesto ‘bulan dan bintang’ sekiranya diberi peluang berdebat.

“BUKAN budaya kita debat, tak pernah kita buat sebelum ini dan tak mendatangkan apa-apa hasil pun.”

“Selama ini pun kita tak pernah berdebat sebelum pilihan raya kerana kita bentuk kerajaan berdasarkan kepercayaan rakyat, bukan berdasarkan satu jam debat tersebut rakyat yakin atau tidak kepada kita.

“Saya rasa tak perlu nak debat untuk pilihan raya kerana kita pun sibuk di kawasan masing-masing untuk berkempen dan sebagainya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This