Belum ada kata putus berkaitan harga lantai getah – Mahdzir

Dari Penulis

KERAJAAN belum memutuskan penetapan harga lantai getah pada nilai baharu bagi membantu golongan penoreh getah di luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, harga lantai getah perlu dibincangkan semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang bakal ditanggung kerajaan jika harga lantai getah dinaikkan.

Perkara itu juga katanya harus dikaji bersama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kewangan.

“Saya secara peribadi menyokong harga lantai getah RM3.50 namun di pihak kerajaan kita perlu ada perbincangan khas mengenainya kerana setiap sen harga lantai yang ditetapkan akan memberi tanggungan besar kepada kerajaan.

BERITA BERKAITAN 232,000 pekebun kecil getah RISDA akan terima bantuan musim tengkujuh – Mahdzir

Contohnya jika harga getah ketika ini RM2.90 sekilogram dan harga lantai ditetapkan RM3.50, maka kerajaan perlu tambah setiap sen kenaikan itu”, katanya kepada media selepas Majlis Pekebun Kecil Makmur RISDA di Dewan Kolej MARA, Padang Terap, hari ini.

Jelas Mahdzir, cadangan itu juga perlu mengambil kira beberapa faktor dan diteliti satu persatu termasuk jumlah pekebun dan keluasan hektar kebun getah serta harga semasa getah di pasaran dunia.

Tambah Mahdzir, pihaknya menjangkakan penetapan harga lantai itu boleh dibuat, namun perlu mengambil masa sebelum dapat dilaksanakan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This