TINDAKAN seorang pemandu Perodua Myvi menukar lorong secara tiba-tiba telah menjadi punca kemalangan membabitkan sembilan buah kenderaan di Kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (Kesas), pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu Myvi yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Subang Jaya telah menukar lorong ke kiri, masuk ke susur Persiaran Kewajipan.
Katanya, pemandu lori yang tidak sempat membrek telah merempuh Perodua Myvi lalu terbalik dan melanggar tujuh lagi kenderaan.
“Kenderaan terlibat termasuk dua buah Nissan Almera, sebuah Honda CRV, Proton X70, Mitsubishi Lancer, lori Hino dan treler,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Enam motosikal rosak dirempuh Myvi dekat Mersing
Jelasnya, kemalangan terbabit tidak melibatkan kehilangan jiwa, tetapi pemandu Myvi mengalami cedera ringan.
“Pemandu lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.
Sehubungan itu, kes kini disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai dan tidak cermat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

