PN selesai agihan kerusi untuk PRU-15

Dari Penulis

PEMBAHAGIAN kerusi di Semenanjung antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah dimuktamadkan hari ini, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata keputusan itu dicapai atas semangat setia kawan, saling menghormati, bertoleransi serta memberi ruang dan peluang kepada semua pihak dalam PN.

Katanya semua jentera Bersatu, PAS dan Gerakan telah diarahkan untuk mengatur langkah secara bersama bagi memperkukuhkan jentera PN dalam menghadapi pilihan raya itu.

“Dalam beberapa hari akan datang, kita akan tetapkan tarikh untuk setiap negeri di bawah PN untuk umumkan bukan sahaja kerusi tetapi calon yang telah putuskan untuk kerusi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PN di Ibu Pejabat Bersatu di Bangunan Yayasan Selangor hari ini.

Baca artikel lain: ‘Bukan secara debat’, PN pun setuju tiada keperluan bahas

Mesyuarat yang bermula pukul 4 petang itu turut dihadiri pemimpin PN antaranya Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam perkembangan lain, Muhyddin berkata PN tidak pernah mengadakan rundingan secara rasmi bersama Gerakan Tanah Air (GTA) pada peringkat parti untuk bekerjasama pada PRU-15.

Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan berkata rundingan tersebut masih dijalankan namun terdapat masalah yang belum diselesaikan.

Beliau turut memberi masa dua hari iaitu sehingga 2 Nov depan kepada PN untuk memuktamadkan kerjasama dengan GTA.

-BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This