SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun meninggal dunia selepas dipercayai diserang sawan di dalam bilik air rumah neneknya di Kampung Telok Wang Besar, Sungai Pasir, Sungai Petani, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa Nur Arisa Qaisara Abdullah, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kepalanya berada di dalam besen.
Katanya, badan kanak-kanak itu pula berada di mangkuk tandas dalam keadaan membuang air besar.
Beliau berkata, mangsa tinggal bersama neneknya kerana mangsa kerap diserang sawan sewaktu ketiadaan ibunya keluar bekerja.
Baca artikel : Sempat panggil mama 3 kali, budak perempuan maut ditikam ketika balik mengaji al-Quran
“Difahamkan, nenek mangsa merasa tidak selesa dan menolak pintu bilik air sebelum mendapati kepala mangsa berada di dalam besen air.
“Ibu mangsa menerima makluman mengenai kejadian daripada neneknya dan menghubungi jiran untuk membantu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan tiada unsur jenayah berlaku.
Hasil semakan rekod mendapati mangsa mempunyai rekod sawan sejak beberapa tahun dan diberikan ubat.
Dalam pada itu, jenazah adik Nur Arisa Qaisara selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang semalam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram