PRU-15: Ada penyandang daripada BN nyata hasrat tak pertahan kerusi di Perak

Dari Penulis

ADA beberapa penyandang kerusi daripada Barisan Nasional (BN) di Perak telah menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tempat mereka akan digantikan dengan muka baharu yang telah dikenal pasti menerusi nama-nama calon yang dihantar oleh setiap bahagian.

“Ada wakil rakyat atau penyandang kerusi sedia ada telah menyampaikan hasrat mereka untuk tidak mempertahankan kerusi pada PRU-15 atas faktor kesihatan dan juga faktor usia.

“Malah ada juga yang menyatakan sudah sampai masanya mencari pengganti dengan memberi laluan kepada orang lain. Jadi kita hormati kehendak mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Mahasiswa Sejahtera Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) hari ini.

Menteri Besar Perak itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama dan jumlah penyandang yang mahu bersara atau digugurkan atas faktor kesihatan.

Baca artikel lain: MIC selesai muktamad senarai calon PRU-15

BN Perak dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding dalam PRU-15 pada 2 November dan senarai calon BN Perak berkemungkinan akan diserahkan pimpinan pusat kepada BN negeri Selasa ini.

Ditanya adakah penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Yazid akan dikekalkan dalam PRU-15 nanti, Saarani berkata semua nama penyandang diangkat ke pucuk pimpinan untuk diputuskan kemudian.

“Kesemua penyandang, nama mereka ada namun semua itu nanti terserah akhirnya kepada pucuk pimpinan dan ini jelas kerana kita ada pelbagai tapisan yang dilakukan.

“Siapa yang pucuk pimpinan pilih dan berikan watikah nantilah yang akan menjadi calon. Jadi terpulang kepada pucuk pimpinan untuk tentukan, saya sendiri pun belum pasti adakah nama saya akan lepas sebagai calon. Jadi kita tunggu sahajalah,” katanya.

Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 24 kerusi Parlimen.

SPR menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU-15 manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This