Enam kereta rosak disimbah air tangki pecah

Dari Penulis

ENAM buah kereta rosak selepas sebuah tangki air di Apartmen Penaga Mas, Sepang, pecah pukul 7.15 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, serpihan tangki air berketinggian 18.3 meter itu telah terjatuh lalu menimpa beberapa kenderaan yang berada di bawah apartmen tersebut.

Beliau berkata, insiden terbabit tidak melibatkan kemalangan jiwa dan hanya berkait kerosakan harta benda.

Antara kenderaan yang rosak akibat kejadian tangki pecah. GAMBAR: Polis.

“Bantuan lori air bersih telah dihantar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk bekalan kepada 172 unit rumah yang terjejas,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Baca artikel berkaitan : BMW remuk dihempap lori tangki terbalik

Sejak semalam, tular klip video memaparkan kejadian tangki air pecah dan beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan bangunan terbabit terkena curahan air tangki tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mesyuarat tergempar PN bincang isu keanggotaan esok

SATU mesyuarat tergempar dilapor akan dilaksanakan Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan isu keanggotaan parti dalam gabungan itu, malam esok. Difahamkan,...

More Articles Like This