Kembara Sahur UtusanTV 2025 pilih Sepang sebagai destinasi perhimpunan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMBARA Sahur UtusanTV 2025 yang bakal diadakan pada lewat Isnin, 17 Mac ini menetapkan penyertaan kira-kira 350 motosikal berkuasa tinggi dalam kalangan komuniti FunRideRider.

Berlaku sedikit penambahan daripada segi penyertaan berbanding tahun lalu, di mana sekitar 300 peserta menyertai Kembara Sahur UtusanTV 2024.

Untuk tahun ini, penganjur telah memilih Sepang, Selangor sebagai destinasi perhimpunan tahunan yang memasuki penganjuran kali kelima itu.

Penyelenggara Projek Kembara Sahur UtusanTV 2025, Azwan Zeffry Ahmad berkata, berbanding tahun-tahun sebelumnya, kembara kali memilih untuk bergerak pada jarak yang lebih dekat.

Namun begitu, jelas beliau, matlamat serta visi utama kembara masih sama seperti sebelumnya iaitu mahu meraikan Ramadan dan pada masa sama mengeratkan hubungan sesama ahli.

Baca artikel lain: Kembara Sahur UtusanTV 2024 promosi baik untuk Bentong

“Tahun ini lokasi kembara agak dekat iaitu Sepang, tahun ini kita terhadkan hanya 350 orang peserta berbanding tahun-tahun sudah.

“Aktiviti yang akan dijalankan sama seperti sebelum ini seperti tazkirah Ramadan, menyampaikan sedikit infaq,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Sebelum memulakan kembara, para peserta dikehendaki berkumpul pada pukul 10.45 malam di R&R Bukit Dukung, Cheras dan dijangka berlepas pada pukul 11.50 malam.

Konvoi yang akan melalui perjalanan sekitar 35 kilometer satu hala itu dijangka tiba di destinasi sekitar pukul 1 pagi, sebelum bersurai pada pukul 2.30 pagi.

FunRideRider adalah komuniti permotoran tanpa berasaskan model khusus yang aktif menganjurkan konvoi bermotosikal dengan normal baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kembara Sahur UtusanTV ini dilaksanakan susulan acara tahunan fun ride sejak tahun 2013 setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali bersama UMNO

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib mengumumkan peletakan jawatan di dalam Bersatu dan keluar daripada parti...

More Articles Like This