Mahkamah buktikan kes prima facie, Syed Saddiq diarah bela diri

Dari Penulis

PENYANDANG kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela diri atas empat pertuduhan termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syed Saddiq.

Memetik laporan Berita Harian, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali.

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang juga bekas Ketua Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA) BERSATU itu pula diwakil peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar

Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 30 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 21 Jun lalu.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarah membela diri bagi empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram selepas dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca lagi: Sahabat AIM: Bantu Faridah ternak lembu

Saksi terbabit termasuk ibu dan bapa Syed Saddiq, iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz serta Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff dan bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali.

Turut memberi keterangan, tiga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Syahmeizy Sulong, Nurul Hidayah Kamarudin dan Asbi Munip.

Pendakwaan juga menawarkan 13 saksi kepada pembelaan, termasuk dua pegawai forensik SPRM, Moses anak Lawrence dan Wan Zulkifli Wan Jusoh serta rakan Syed Saddiq, iaitu Mohamed Amshar Aziz, Nurali Nadzwan dan Muhammad Suhaimi Yahya.

Syed Saddiq, 29, berdepan empat tuduhan, iaitu didakwa bersubahat dengan Rafiq yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This