Biker tegar santuni penduduk Sepang menerusi Kembara Sahur UtusanTV 2025

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SAMBUTAN yang memberangsangkan dalam kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi terhadap Kembara Sahur UtusanTV 2025 menjadi pencetus semangat kepada penganjur untuk meneruskan program sama pada tahun hadapan.

Penyelenggara projek, Azwan Zeffry Ahmad berkata, untuk penganjuran kali ini, pihaknya menerima penyertaan 350 peserta termasuk dalam kalangan selebriti dan pemimpin politik iaitu Wak Doyok dan Datuk Lokman Noor Adam.

Sebahagian daripada 300 Pemilik motosikal berkuasa tinggi memulakan Program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRideRiders di Stesen Minyak Petronas, Lebuh Raya SILK (Arah Puchong), awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

Katanya, susulan daripada itu, pada masa hadapan pihaknya berhasrat untuk membawa program yang menyantuni golongan memerlukan itu ke lokasi mungkin luar daripada Lembah Klang.

“Alhamdulillah syukur ini penganjuran kali ke-5, kami diberi kepercayaan lagi oleh UtusanTV untuk menganjurkan Kembara Sahur UtusanTV 2025.

Sebahagian peserta yang juga pemilik motosikal berkuasa tinggi bersahur pada Program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRideRiders di Abe Cafe & Seafood, Sepang, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Seperti mana tahun-tahun sebelumnya sambutan sangat memberansangkan, hari ini kita dapat kumpul seramai 350 peserta.

“Memang kita ada perancangan untuk pergi jauh sikit namun tahun ini kita buat di Sepang, pada masa sama kita juga meraikan rakan bikers yang kini merupakan Ketua Polis Daerah Sepang,” katanya ketika ditemui UtusanTV, malam tadi.

Penyelenggara Projek Kembara Sahur UtusanTV 2025, Azwan Zeffry Ahmad membuat kutipan sumbangan wang tunai yang diinfak dari peserta-peserta program untuk diagihkan kepada golongan asnaf, warga emas dan ibu tunggal pada program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRidesRIDERS di Abe Cafe & Seafood, Sepang, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: 60.7 tan lebihan makanan diselamatkan Ramadan tahun lepas – SWCorp

Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani dan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kembara sahur diisi dengan pelbagai program seperti sesi tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zan Zuari, selain penyampaian infak kepada golongan memerlukan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman bersalaman dengan peserta yang juga pemilik motosikal berkuasa tinggi ketika hadir pada program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRidesRIDERS di Abe Cafe & Seafood, Sepang, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

Untuk kali ini, Kembara Sahur UtusanTV 2025 menyampaikan infak kepada golongan asnaf, warga emas dan ibu tunggal yang menetap di Kampung Orang Asli Sungai dan Kampung Orang Asli Jambu, Sepang.

Kembara sahur merupakan program anjuran bersama UtusanTV dan FunRideRider, di mana ia disifatkan sebagai perhimpunan dalam kalangan ‘biker tegar’ yang ada di negara ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani menyampaikan sumbangan wang tunai yang diinfak dari peserta-peserta program kepada wakil penduduk Kampung orang asli daerah Sepang untuk diagihkan kepada golongan asnaf, warga emas dan ibu tunggal sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkefli Hamzah ketika hadir pada program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRidesRIDERS di Abe Cafe & Seafood, Sepang, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

FunRideRider adalah komuniti permotoran tanpa berasaskan model khusus yang aktif menganjurkan konvoi bermotosikal dengan normal baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kembara Sahur UtusanTV dilaksanakan susulan acara tahunan ‘fun ride’ sejak tahun 2013 setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Peserta-peserta yang juga pemilik motosikal berkuasa tinggi mengambil juadah bersahur pada Program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRideRiders di Abe Cafe & Seafood, Sepang, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid
Peserta-peserta yang juga pemilik motosikal berkuasa tinggi bersahur pada Program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRideRiders di Abe Cafe & Seafood, Sepang, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid
Selebriti, Wak Doyok turut sama menyertai program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRidesRIDERS di Abe Cafe & Seafood, Sepang, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani bersama Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dan Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkefli Hamzah mengaminkan doa ketika hadir pada program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRidesRIDERS di Abe Cafe & Seafood, Sepang, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid
Peserta-peserta yang juga pemilik motosikal berkuasa tinggi pada Program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRideRiders di Abe Cafe & Seafood, Sepang, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada Pemilik motosikal berkuasa tinggi yang menyertai Program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRideRiders di Abe Cafe & Seafood, Sepang, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid
Peserta-peserta yang juga pemilik motosikal berkuasa tinggi bersahur pada Program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRideRiders di Abe Cafe & Seafood, Sepang, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada 300 Pemilik motosikal berkuasa tinggi memulakan Program Kembara Sahur Mega ‘25 UtusanTV bersama FunRideRiders di Kawasan Rehat dan Rawat, Bukit Dukung, Cheras, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This