3 buah kenderaan mewah termasuk Nissan GT-R dilarikan pencuri

Dari Penulis

TIGA buah kenderaan mewah bernilai RM940,000 termasuk sebuah Skyline GTR Prestige Edition berjaya dilarikan pencuri dari sebuah bengkel di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada seorang lelaki Cina pada pukul 10.39 pagi semalam.

Beliau berkata, pengadu mendapati terdapat kesan pecah pada mangga pintu masuk dan beberapa gugus kunci kereta turut hilang.

Katanya, siasatan mendapati suspek masuk ke bengkel dengan cara memecahkan mangga pintu utama bengkel.

“Dua buah lagi kenderaan yang telah dilarikan suspek ialah sebuah Mercedes Benz E200K warna perak, sebuah Toyota Land Cruiser warna putih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua kenderaan yang hilang telah siap dibaiki dan belum dituntut oleh pelanggan.

Amihizam berkatan, rakaman kamera litar tertutup masih dalam penelitian dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 457 atau 395A Kanun Keseksaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This