Lima cedera dihempap bongkah batu di Jawa Barat

Dari Penulis

LIMA orang dilaporkan cedera dihempap bongkah batu dalam kejadian di Cadas Pangeran, Sumendang, Jawa Barat pada 2.30 petang semalam.

Memetik laporan Detik News, insiden runtuhan bongkah batu itu menghalang kenderaan menggunakan Jalan Cadas Pangeran dan menyebabkan laluan itu mengalami kesesakan lalu lintas.

Sekurang-kurangnya terdapat lima bongkah batu besar jatuh selepas berlaku kejadian tanah runtuh yang menghempap beberapa kenderaan ketika melalui kawasan kejadian.

Difahamkan, bongkah batu itu kemudian berjaya dialihkan oleh pasukan gabungan Tentera Nasional Indonesia, Agensi Pengurusan Bencana Serantau Sumedang pada pukul 10 malam tadi.

Baca artikel : Lelaki maut dihempap jentolak di Tenom

Proses pengalihan batu dijalankan selama sejam dengan menggunakan jengkaut.

Ketua Polis Sumedang, Asisten Komisioner Indra Setiawan berkata, semasa proses pemindahan berlaku, aliran trafik dari kedua-dua arah ditutup.

“Esok rancangan kami mahu kecilkan (batu) supaya boleh diangkut lori. Jika sekarang diangkut dengan saiz besar akan menyebabkan masalah,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar dukacita, rakam takziah pemergian bekas Presiden Timor-Leste

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan seluruh rakyat Timor-Leste atas pemergian bekas Presiden...

More Articles Like This