Pemuda rosakkan kolam Deepavali akan dipanggil beri keterangan – polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan kejadian seorang pemuda berbaju Melayu bertindak merosakkan hiasan kolam Deepavali berlaku di Klang selepas video tersebut tular.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kejadian itu berlaku di Hospital KPJ Klang Specialist.

Katanya, video itu dikesan pada pukul 7.45 malam semalam.

Tambahnya, kes itu kini diklasifikasikan dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja memudaratkan, atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan selepas satu laporan dibuat Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang.

“Pemuda tersebut akan dipanggil bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah Klang Utara,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan sebarang tingkah laku atau tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Baca artikel berkaitan : Pemuda berbaju Melayu selamba rosakkan hiasan kolam Deepavali

Sementara itu, Hospital KPJ Klang dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menerima makluman mengenai video yang didakwa bahawa kakitangannya bersikap tidak profesional.

“KPJ Klang tidak membenarkan sebarang tindakan yang tidak menghormati dalam kalangan kakitangan.

“Kami telah menjalankan siasatan dalaman dan tindakan tegas akan diambil sekiranya kakitangan kami terlibat,” tulis kenyataan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN, PRU: Tak tercalon ‘duduk diam-diam’, rezeki itu rahsia Tuhan

DALAM mana-mana pilihan raya, baik Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Negeri (PRN) juga Pilihan Raya Kecil (PRK),...

More Articles Like This