Rosakkan kolam Deepavali, dua kakitangan hospital direman

Dari Penulis

DUA kakitangan hospital yang terlibat dalam insiden merosakkan hiasan kolam Deepavali di perkarangan sebuah hospital swasta direman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 20-an dan 30-an ditahan selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah pada pukul 11 malam tadi.

“Dua suspek itu masing-masing individu yang berjalan dengan kasut atas kolam Deepavali dan yang menjadi perakam.

“Suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Pemuda rosakkan kolam Deepavali akan dipanggil beri keterangan – polis

Vijaya Rao berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Semalam, UtusanTV melaporkan seorang pemuda berbaju Melayu bertindak merosakkan hiasan kolam dengan menggunakan kaki tanpa rasa bersalah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This