Pemuda berbaju Melayu selamba rosakkan hiasan kolam Deepavali

Dari Penulis

TULAR sebuah klip video memaparkan aksi seorang pemuda bertindak merosakkan hiasan kolam Deepavali dengan berjalan atasnya tanpa rasa bersalah.

Kejadian terbabit dipercayai berlaku di sebuah hospital swasta dekat Klang, baru-baru ini.

@utusantvofficial

Min kecam tindakan pemuda ini sebab langsung tak menghormati kaum India. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Menerusi rakaman terbabit, suspek yang berpakaian lengkap berbaju Melayu, bersongkok dan bertopeng muka dilihat dengan selamba berpusing-pusing dan memijak kolam hiasan.

Bukan itu sahaja, suspek juga bertindak menguis beras kolam dengan menggunakan kasut dan tangan.

Malah, individu yang merakam kejadian terbabit turut ketawa dan hanya mengatakan vandalisme akan perbuatan lelaki tersebut.

Video tersebut dimuat naik akaun Facebook Bro Bhodidarman kira-kira tiga jam lepas.

Sehingga kini ia ditonton lebih 112,000 kali dan mendapat 1,900 komen yang mengecam tindakan pemuda tersebut.

Baca artikel : Lagi kes lelaki rosakkan Jalur Gemilang

Tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati rata-rata warganet mengecam tindakan lelaki terbabit yang dilihat tidak sensitif kepada kaum India.

“Mentality mcm bangsat. Tidak respect perayaan bangsa orang lain,” tulis Frazier Stenly.

“Bodoh… Ko tau brpa susah ka org bkin itu… Homat la org ooooiii… Mun ko mau homat ko… Parah…,” kata Francis Lms.

“Awak minta org hormati budaya Dan agama u.. tp u x hormati budaya Dan agama orang.. x g sekolah ke budak ni..,” ujar Mohamad Faizul Azli.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This