19 warga asing terbunuh dalam rempuhan di Itaewon, Korea Selatan

Dari Penulis

Sekurang-kurangnya 19 warga asing disahkan maut dalam kejadian rempuhan semasa sambutan Halloween di daerah Itaewon di Seoul, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pihak bomba.

Angka kematian meningkat kepada 151 dengan 19 daripadanya dikenal pasti sebagai warga asing berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway, kata ketua jabatan bomba di Yongsan Choi Seong Beom dalam sesi taklimat.

Mereka yang terbunuh terdiri 97 perempuan dan 54 lelaki.

Presiden Yoon Suk Yeol dalam ucapannya secara langsung dari pejabat presiden berkata: “tragedi dan bencana pada Sabtu itu tidak sepatutnya berlaku.”

Presiden juga mengumumkan negara akan berkabung susulan kejadian itu.

Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam pada 2014 mengorbankan 304 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.

Sambutan itu merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik kebanyakan sekatan COVID-19.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui.

— BERNAMA

Sunday , 30 October 2022


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This