13 kedai hangus dijilat api dekat Pekan Baru Serdang

Dari Penulis

SEBANYAK 13 buah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 4.15 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Bandar Tun Hussein Onn dan Bangi dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran sebanyak 70 peratus dan api merebak sehingga ke enam buah kedai.

“Api berjaya dikawal pada pukul 5.30 pagi dan tiada mangsa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : 10 kenderaan musnah dalam kebakaran di Batu Pahat

Jelasnya, antara kedai yang terlibat ialah kedai emas, perkakasan, kedai tayar, bengkel motosikal, kedai telur, kedai arak, bengkel kereta, kedai cermin mata, poliklinik, kedai runcit, kedai bateri, klinik, salon dan kedai pajak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, nilai kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This