MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) menggesa Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk mengkaji semula proses pengambilan tenaga kerja asing yang dilihat agak rumit ketika ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MPN, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, kajian itu amat diperlukan memandangkan isu kekurangan tenaga kerja asing ketika ini semakin meruncing.
Jelas beliau, banyak sektor mempunyai tahap kebergantungan yang sangat tinggi terhadap tenaga kerja asing.
“Jumlah kemasukan pekerja asing ke Malaysia terlalu sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar berjumlah RM713,890 bagi 467,223 kuota diluluskan.
“Statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 September merekodkan 467,223 kuota diluluskan, namun bagi tempoh sama hanya menyaksikan 76,000 kemasukan tenaga kerja dari 12 negara.
“Angka itu terlalu sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar RM713,890 bagi 467,223 kuota diluluskan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Baca lagi: Tiada kelulusan khas untuk pengambilan pekerja asing, termasuk daripada menteri – Saravanan
Mengulas lanjut, Sulaiman turut meminta kerajaan memberi tumpuan kepada masalah kekurangan tenaga kerja terutama dalam industri intensif buruh yang terjejas ketika ini.
Jelas beliau, antaranya yang terjejas adalah sektor pembuatan, pelancongan, pembinaan dan peruncitan, termasuk sektor elektronik dan pertanian.
“Kita dapati ramai pekerja memohon dan membuat pembayaran, namun jumlah yang masuk adalah kurang. Persoalannya, mengapa mereka belum lagi tiba?
“Adakah ia melibatkan masalah di negara mereka, atau sebab lain. Perkara ini perlu ditekankan, jika tidak sektor pertanian kita khususnya kelapa sawit akan terus mengalami masalah kekurangan pekerja,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

