Dua maut, seorang cedera dalam runtuhan kren di Sitiawan

Dari Penulis

DUA lelaki tempatan maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan runtuhan kren gantri di sebuah kilang di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, berkata pihaknya menerima maklumat runtuhan kren yang mengorbankan Abdul Rajim Hasmki, 33, dan Maiyden Asibin, 29, serta Mosed Alinid, 34, yang cedera pada jam 4.58 petang.

“Kemalangan kren industri berat dipercayai akibat kerja-kerja pemotongan kren untuk dilupuskan di mana berlaku runtuhan kren ketika kerja-kerja pemotongan dilakukan hingga menyebabkan tiga mangsa itu tersepit,” katanya dalam kenyataan di Ipos malam ini.

BERITA BERKAITAN Tali pengikat putus punca kren terjatuh di Rawang Bypass

Beliau berkata pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian telah mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan bantuan kren bagi memudahkan operasi.

Katanya, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

“Operasi menyelamat melibatkan 13 anggota bomba dan tujuh anggota polis tamat pada jam 10.55 malam,” katanya.

  — BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This