Suami cari rakaman dashcam kemalangan dekat Pagoh babitkan mendiang isteri

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang terselamat dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan memohon bantuan orang ramai berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sewaktu kejadian.

Kejadian kemalangan berlaku di Kilometer 129.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pagoh, Muar, 26 Oktober lalu.

Menerusi hantaran Allan Cham Wei Lun di Facebook, kemalangan terbabit telah meragut nyawa isterinya.

“Sebagaimana yang anda semua ketahui, saya dan mendiang isteri saya terlibat dalam kemalangan maut dan kemalangan ini telah meragut nyawa isteri tercinta saya.

“Saya sedang mencari mana-mana pihak yang mempunyai rakaman ‘dash cam’ yang merakamkan insiden kemalangan di sekitar KM 129.5 ( Arah JB menghala KL) Lebuhraya Utara Selatan pada waktu lingkungan 5.45pm pada 26hb Oktober 2022,” katanya.

Baca artikel : Wanita maut dalam kemalangan enam buah kenderaan dekat Pagoh

Terdahulu, UtusanTV melaporkan mangsa Ang Zi Yan, 28, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di muka dan pendarahan di kepala.

Kemalangan dipercayai berlaku semasa Proton Saga yang dipandu suami mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi ke Kuala Lumpur.

Sampai di lokasi kejadian, kereta mangsa telah dilanggar oleh sebuah treler bermuatan bahan cecair kimia lalu mengakibatkan perlanggaran berturutan empat buah kenderaan di belakang lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PKFZ raih pelaburan RM566 juta, muncul hab logistik pintar – Loke

ZON Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab perdagangan dan logistik serantau apabila berjaya menarik pelaburan terkumpul...

More Articles Like This