Saya tidak tandatangan aku janji letterhead UMNO – KJ

Dari Penulis

CALON Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin berkata beliau ada menandatangani surat dengan kepala surat (letterhead) BN selaku calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dan bukannya sebarang surat aku janji dengan kepala surat UMNO, seperti yang tular sejak beberapa hari lepas.

Beliau berkata surat yang ditandatanganinya itu antara lain menyentuh mengenai kesetiaan kepada BN dan tidak lompat parti.

“Kita sign aku janji yang ada kaitan dengan logo empat parti (di bawah BN) dan kesetiaan kepada parti atas letterhead BN, itu yang saya tandatangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan peringkat HSB, hari ini.

“Tak ada saya tandatangan surat dengan letterhead UMNO yang menyatakan aku janji seperti yang ditularkan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas maklumat yang tular di media tular mengenai surat dengan kepala surat UMNO yang memaparkan tandatangan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang antara lain menyatakan ikrar calon UMNO dan BN yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai perdana menteri.

Baca artikel berkaitan: Khairy mahu bawa kejayaan di Rembau ke Sungai Buloh

Bagaimanapun Ahmad telah menafikan surat berkenaan, dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap BN dan UMNO.

Khairy yang juga Menteri Kesihatan mengulangi pendirian bahawa calon perdana menteri ke-10 adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tiada sebarang perubahan berkenaan perkara itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital baharu 400 katil bakal dibina, atasi kesesakan kritikal di Melaka

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti pembinaan Hospital Hang Tuah Jaya di Durian Tunggal sebagai keperluan mendesak bagi menangani masalah...

More Articles Like This