SEORANG pemandu sempat melelapkan mata seketika sewaktu menunggu lampu isyarat merah di dalam kenderaan pacuan empat roda miliknya.
Insiden itu berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Tembilahan, Riau, pukul 2.21 petang kelmarin.
Memetik laporan Editor News, pemandu kereta terbabit tidak meneruskan perjalanan meskipun isyarat lampu sudah bertukar hijau dan menyebabkan kenderaan di belakang terhalang untuk meneruskan pemanduan.
Baca artikel : Pemandu maut terkena peluru sesat di persimpangan lampu isyarat dekat Pontianak
Malah, menerusi klip video kejadian, pemandu kereta terbabit tidak berganjak meskipun kenderaan di belakangnya membunyikan hon beberapa kali.
Selang beberapa minit kemudian kelihatan seorang penunggang motosikal bertindak memeriksa pemandu tersebut menerusi tingkap kenderaan dan kemudian diikuti pemandu kenderaan di belakang.
Sekembali pemandu itu ke keretanya, kedengaran menerusi rakaman ‘dashcam’ mengatakan pemandu rupanya tertidur.
Bagaimanapun, punca mengapa pemandu tersebut tertidur ketika berhenti di isyarat lampu merah tidak diketahui.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

