SEORANG pemandu maut selepas terkena peluru sesat pistol milik seorang anggota polis trafik dalam satu kejadian di Jalan Tanjung Pura, Pontianak, Kalimantan Barat, kelmarin.
Memetik laporan Detik News, kejadian berlaku ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat berwarna merah.
Ketua Polis Kalimantan Barat Inspektor General Suryanbodo Asmoro berkata, ketika itu juga seorang anggota polis trafik yang dikenali sebagai FM tengah berehat selepas selesai menjalankan tugas pengawasan lalu lintas pada pukul 11.30 pagi.
“Ketika berehat, suspek FM membersihkan pistol miliknya kerana basah terkena air hujan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, pistol milik FM mengelurkan bunyi letupan dan mendapati peluru telah terkena dinding pos kawalan lalu melantun ke luar dan mengenai mangsa.
Baca artikel : Tiga lelaki ditahan merusuh dekat stesen minyak Taman Kota Masai
“Kami menzahirkan kebimbangan terhadap insiden sebegini. Bagi anggota polis, ini adalah satu jenayah dan tindakan etika akan dijalankan.
“Kami memohon maaf dan akan menguruskan perbelanjaan hospital dan pengebumian,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Kalimantan Barat, Kombes Aman Guntor berkata, siasatan mendapati satu das tembakan telah dilepaskan.
Katanya, tembakan tersebut telah menembusi dinding pos kawalan dan mengena telinga mangsa yang berada di dalam kereta.
Difahamkan, jarak antara kereta dan tempat tembakan adalah lebih kurang 15 meter.
“Mangsa meninggal dunia di hospital dan kami sudah mengenal pasti beberapa saksi termasuk rakan supek dan orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya.
Jelasnya, kes ini disiasat di bawah Perkara 359 Kanun Jenayah atau kecuaian menyebabkan seseorang mati.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

