“SATU undi untuk KJ (Khairy Jamaluddin) di Sungai Buloh adalah satu undi untuk KJ di Sungai Buloh dan calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.”
Itu kata calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ menepis dakwaan bahawa sekiranya mengundi beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) maka rakyat bakal memilih Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.
Menurut Khairy, tiada kekeliruan melibatkan calon Perdana Menteri kerana Ahmad Zahid selaku Pengerusi BN sendiri mengumumkan bahawa Ismail Sabri kekal calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang pada PRU-15.
Jelas beliau, naratif itu mesti dijelaskan supaya tidak lagi menjadi ‘peluru’ bagi pihak pembangkang.
“Calon Perdana Menteri adalah Ismail Sabri. Satu undi untuk KJ di Sungai Buloh adalah satu undi untuk KJ di Sungai Buloh.
“Saya akan mendukung Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri seperti mana yang diumumkan oleh Ahmad Zahid sendiri,” katanya selepas selesai proses penamaan calon, hari ini.
Baca artikel berkaitan: PRU-15: Ahmad Zahid berdepan ‘giant killer’ Shamsul Iskandar di Bagan Datuk
Sementara itu, Khairy mengakui berdepan tugas sukar untuk merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Buloh setelah tiga penggal berada di bawah penguasaan PKR.
Malah, beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata berdepan pertarungan paling sengit dalam karier politiknya kerana menghadapi saingan tujuh penjuru kali ini.
Bagaimanapun, wakil rakyat Rembau selama tiga penggal itu berkata beliau tidak menganggapnya sebagai satu kelemahan tetapi sebagai cabaran untuk membawa perjuangan Barisan Nasional (BN) ke kawasan bandar.
“Saya menang tiga pilihan raya berturut-turut di Rembau, sekarang saya bertanding di kawasan yang kami kalah tiga pilihan raya berturut-turut. Tetapi saya menyahut caburan dan berharap penduduk Sungai Buloh akan memberi peluang kepada saya.
“Saya berharap dapat berkhidmat kepada rakyat Sungai Buloh dan juga berharap masyarakat Sungai Buloh dapat membantu saya berkhidmat untuk negara,” katanya.
Ditanya mengenai spekulasi ia boleh menamatkan karier politiknya sekiranya beliau kalah, Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ berkata: “Saya belum bersedia untuk bersara, bukan hari ini.”
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

